Phatthalung membuka rumah, mengadakan pakej pelancongan One Day Trip menyambut media dan pelancong dari Malaysia

Phatthalung membuka rumah, mengadakan pakej pelancongan One Day Trip menyambut media dan pelancong dari Malaysia

30 ก.ค. 67 811

Universiti Thaksin bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Thailand (TAT) Pejabat Kuala Lumpur telah mengadakan pakej pelancongan One Day Trip di wilayah Patthalung, memperkenalkan pengalaman baru kepada kumpulan media dan pelancong dari Malaysia sebahagian daripada projek Patthalung Model yang bertujuan meningkatkan ekonomi tempatan melalui pelancongan.

Pada hari Ahad, 28 Julai 2024, Puan Sirintara Surakanit, Pengarah TAT Pejabat Kuala Lumpur, telah membawa kumpulan media dan pelancong dari Malaysia seramai 24 orang untuk merasai pengalaman pelancongan di wilayah Patthalung. Projek ini adalah kerjasama antara Universiti Thaksin di bawah projek Patthalung Model: Penyelidikan dan Inovasi Sosial untuk Menyelesaikan Masalah Kemiskinan Secara Menyeluruh dan Tepat, yang disokong oleh Unit Pengurusan dan Pelaksanaan Dana Pembangunan Wilayah (BPT) dengan TAT Pejabat Kuala Lumpur.  

  

TAT sedang mempromosikan kerjasama pelancongan antara Thailand dan Malaysia dengan membuka laluan perjalanan menggunakan kereta api dari Malaysia ke bandar Hat Yai, wilayah Songkhla, dan seterusnya ke Patthalung untuk menambah saluran perjalanan bagi pelancong. Kumpulan pelawat disambut mesra oleh pengusaha pelancongan di kawasan tersebut, Ketua Daerah Srinakarin dan Pejabat Pembangunan Komuniti Wilayah Patthalung, mencerminkan kesiapsiagaan tempatan dalam menerima pelancong asing.  

Penganjuran trip ini merupakan langkah penting dalam mempromosikan hubungan pelancongan antara Thailand dan Malaysia dan membantu merangsang ekonomi pelancongan di selatan Thai, membangunkan ekonomi tempatan secara mampan dengan menggunakan pelancongan sebagai alat utama.    

  

------------------
translator : Assistant Professor Muhammad Salaebing, Faculty of Humanities and social science